Tempah Sekarang

Wednesday, January 13, 2016

Van Hiace 2.0cc petrol 11 seater untuk di sewa

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada para pelanggan yang dikasihi. Pihak Perkhidmatan kereta sewa mempunyai sebuah van hiace 2.0cc petrol 11 tempat duduk untuk disewa.

Sabtu tengah malam 9/1/2016 pihak perkhidmatan kereta sewa telah membuat pandu uji keatas van ini. Perjalanan ke Pulau pinang sejauh 500km ditempuhi tanpa ada sebarang masalah, mengambil masa selama 5 jam setengah (kajang- Pulau Pinang).

Kami sampai di pulau mutiara / Padang kota lama pada pukul 6 pagi dan berehat sementara menunggu kedai nasi kandar dibuka untuk bersarapan.

Pukul 8.30am bergerak ke tengah bandar Georgetown mencari kedai Kassim Mustapha untuk bersarapan nasi kandar. Setelah selesai bersarapan kami mencari kedai pak ali jeruk madu untuk membeli jeruk sebagai buah tangan orang orang dikajang.

Bergerak balik ke kajang pada pukul 11am dan sampai pada pukul 4.30pm...syukur kepada Allah taala tiada masalah sepanjang perjalan pergi dan balik kami.




Selamat tahun Baru 2016

Perkhidmatan kereta sewa mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada anda semua, semoga di tahun baru ini kita semua dilimpahi rahmat dan kebahagian oleh yang Esa.

Tahun 2016 adalah tahun yang begitu mencabar untuk kita semua dimana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan lembab dan ianya pasti akan membataskan kehidupan seharian kita dalam erti kata lain banyak yang nak kena catu tidak boleh nak berbelanja tidak menentu kena berbelanja secara berhemah.

Perkhidmatan kereta sewa merasai keperitan ini, walau macam mana pon kami masih bertahan kerana sokongan dari anda semua para pelanggan yang dikasihi semoga anda semua  dimurahkan rezeki oleh Allah taala.

Di tahun baru 2016 ini Perkhidmatan kereta sewa telah menyediakan perkhidmatan van sewa untuk para pelanggan, sebuah van toyota Hiace 2.0cc petrol yang boleh memuatkan 11 orang untuk kegunaan anda semua.

Jika anda memerlukan van untuk disewa anda boleh menghubungi kami.



Abang Lee

012-2939407