Tempah Sekarang

Wednesday, January 13, 2016

Van Hiace 2.0cc petrol 11 seater untuk di sewa

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada para pelanggan yang dikasihi. Pihak Perkhidmatan kereta sewa mempunyai sebuah van hiace 2.0cc petrol 11 tempat duduk untuk disewa.

Sabtu tengah malam 9/1/2016 pihak perkhidmatan kereta sewa telah membuat pandu uji keatas van ini. Perjalanan ke Pulau pinang sejauh 500km ditempuhi tanpa ada sebarang masalah, mengambil masa selama 5 jam setengah (kajang- Pulau Pinang).

Kami sampai di pulau mutiara / Padang kota lama pada pukul 6 pagi dan berehat sementara menunggu kedai nasi kandar dibuka untuk bersarapan.

Pukul 8.30am bergerak ke tengah bandar Georgetown mencari kedai Kassim Mustapha untuk bersarapan nasi kandar. Setelah selesai bersarapan kami mencari kedai pak ali jeruk madu untuk membeli jeruk sebagai buah tangan orang orang dikajang.

Bergerak balik ke kajang pada pukul 11am dan sampai pada pukul 4.30pm...syukur kepada Allah taala tiada masalah sepanjang perjalan pergi dan balik kami.




No comments:

Post a Comment