Tempah Sekarang

Tuesday, July 7, 2015

Q & A (Question and Answer) - Soalan dan Jawapan.

Apa khabar semua..disini saya ingin postkan beberapa persoalan yang sentiasa berlegar-legar difikiran penyewa-penyewa kereta atau pun pelanggan pelanggan dan soalan yang kerap ditanya kepada syarikat kami berkenaan dengan sewa kereta.

Soalan 1

1. Kenapa perlu begitu banyak dokumen seperti salinan ic, lesen, bil utiliti dan sebagainye ketika hendak menyewa kereta?.

Jawapan 1

1. Dokument -dokument seperti dinyatakan diatas adalah penting untuk disimpan oleh pihak syarikat untuk tujuan rujukan dan ianya bukanlah satu masalah besar jika pelanggan pelanggan memang ikhlas untuk menyewa dan tiada agenda tersembunyi (tiada apa yang perlu digusarkan).

Soalan 2

Saman-saman Kesalahan kesalahan trafik siapa yang perlu langsaikan?.

Jawapan 2

Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala surat saman yang dikeluarkan pada tarikh kereta disewa oleh mereka.

Soalan 3

Jika terlibat dalam kemalangan jalanraya, kos untuk membaiki kereta ditanggung oleh siapa?

Jawapan 3.

Segala kos pembaikian kereta perlu ditanggung oleh penyewa, Jadi penyewa penyewa kereta perlu bertanggungjawab ketika memandu, jangan memandu terlalu laju dan tidak berdisiplin dijalan raya ianya boleh mengurangkan risiko kemalangan dijalanraya dan anda selamat tiba ke destinasi yang dituju.


Ok...terima kasih dan jika ada lagi persoalan persoalan yang membelenggu fikiran anda dalam penyewaan kereta disyarikat kami anda boleh hantarkan soalan soalan anda untuk kami jawab dan beri penerangan kepada anda.....

Assalamualaikum

Abang Lee


No comments:

Post a Comment